1 Disember 2012 - 20:30

Pengganas Wahabi meneruskan siri kekejaman mereka dengan membunuh 6 orang Syiah empat hari lalu

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengganas Wahabi meneruskan siri kekejaman mereka dengan membunuh 6 orang lagi pengikut mazhab Syiah Imamiyah di Pakistan.Berasaskan laporan ini, sepasang suami isteri yang bekerja di Hospital kota Karachi telah diserang dalam hospital tersebut. Mangsa bernama Iqbal Hasan dan Kaniz Fatima menghembuskan nafas terakhir akibat kecederaan parah pada hari Khamis lalu.Menurut laporan, kedua-dua pasangan muda ini mempunyai 2 orang anak kecil.Pada hari berikutnya seorang ayah dibunuh bersama anak lelakinya di Bakara Piri, Karachi. Ghulam Ghadir 65 tahun dan anaknya Fadhl Abbas masing-masing meninggal akibat kecederaan parah dalam serangan kejam tersebut.Pada hari yang sama, Nazar Abbas Zaidi bersama anak perempuannya Mazhar Zahra berusia 12 tahun telah diserang ketika dalam perjalanan ke sekolah. Nazar Abbas maut di tempat kejadian menakala anaknya cedera parah.Dalam kejadian berasingan seorang lagi pengikut bermazhab Syiah Imamiyah telah dibunuh di Green Town, Karachi. Riyadh Husain Syah, seorang pemilik premis perniagaan terbunuh manakala beberapa orang peniaga kecil yang lain turut cedera apabila pengganas Wahabi melepaskan tembakan rambang di kawasan kejadian.Pengganas Wahabi Pakistan meningkatkan serangan ke atas komuniti mazhab Syiah berikutan pihak kerajaannya mengambil sikap berdiam diri.